jemputan berbuka puasa...
| petang semalam kami (aku dengan isteri) telah dijemput berbuka puasa di hotel nikko. jemputan ni dari kontraktor di ofis isteri aku. semalam aku keluar ofis tepat pukul 5 petang. tapi apakan daya, pukul 6.30 baru sampai di KLCC. aku park kereta kat KLCC ajelah. jalan jem teruk lagipun hujan lebat di sepanjang perjalanan aku ke KLCC tu. isteri aku dengan kawan dia dah tunggu aku kat ampang park. aku pulak naik putra lrt nak pergi ke ampang park tu. orang takdelah ramai sangat. mungkin orang balik awal nak berbuka puasa.
kami sampai di grand ballroom hotel nikko pun waktu dah dekat nak berbuka. tak ramai yang datang, mungkin sebab jalan jem kot. satu meja 10 orang kami duduk bertiga saja. makanan punyalah banyak tak habis. sedap jugak menu yang nikko sediakan. selepas makan kami pun pergi solat, nikko ni bagus sebab sediakan satu ruangan solat yang boleh dikatakan luas juga dengan tempat mengambil air sembahyang. selesa betul. selepas solat kami sambung makan sampai pukul 9 malam. pukul 9 malam kami balik. jalan jem lagi. jalan kuching jem. kami cilok masuk kawasan hospital pastu masuk chow kit dan menghala ke bukit tunku. jalan selesa. tak jem pun. sampai di rumah pukul 11. sampai je di rumah kami nampak pokok tumbang kat tempat selalu aku park kereta. nasik baik la aku tak park kat situ semalam. kalau tidak habis jahanam kereta aku. |
